Pendapatan Perniagaan (Borang B)

BAGI individu yang berniaga, maklumat-maklumat berikut perlu dikemukakan:

* Nama dan alamat perniagaan 
* Sijil Pendaftaran Perniagaan 
* Penyata Akaun untuk tahun berkenaan 
* Bentuk Perniagaan (contoh: milikan tunggal) 
* Tarikh perniagaan dimulakan 
* Jenis perniagaan

Pendapatan Perniagaan 
Lazimnya pendapatan seorang peniaga merangkumi atau meliputi bayaran yang diterima daripada pelanggan ke atas jualan barang niaga atau pelaksanaan sesuatu perkhidmatan. 

Antara pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan adalah seperti berikut : 
  • Jualan barang niaga atau bahan makanan. 
  • Bayaran yang diterima dari perkhidmatan yang diberi atau subkontrak yang dijalankan. 
  • Pertanian dan ternakan. 
  • Penjajaan makanan dan barangan lain 
  • Komisen, urus niaga saham, dan jualan langsung. 
  • Bayaran dari perkhidmatan profesional yang diberi seperti perkhidmatan akauntan, doktor, peguam, jurutera dan arkitek yang menjalankan perniagaan sendiri. 
Perbelanjaan Yang Dibenarkan
Seperti yang dinyatakan dalam seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan), hanya perbelanjaan yang dikenakan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan boleh diberi potongan dalam pengiraan pendapatan yang dikenakan cukai.

Oleh yang demikian, perbelanjaan untuk tujuan peribadi, perbelanjaan modal, atau perbelanjaan permulaan tidak layak mendapatkan potongan.
Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan yang dibenarkan : 
  • Upah atau gaji pekerja. 
  • Bonus dan komisen pekerja. 
  • Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibayar untuk pekerja. 
  • Elaun perjalanan pekerja. 
  • Sewa premis atau bangunan perniagaan. 
  • Manfaat perubatan dan pergigian kepada pekerja. 
  • Belanja pembaikan premis, bangunan, dan kenderaan yang digunakan dalam perniagaan. 
  • Premium Insurans kebakaran dan kecurian. 
  • Belanja pengangkutan dan bungkusan produk. 
  • Pembelian peralatan bagi keperluan pekerja yang hilang upaya (contoh: komputer).Perbelanjaan utiliti seperti api, air, telefon, dan gas. 
  • Sewa loji dan mesin, perabot dan kelengkapan, atau kenderaan yang digunakan dalam perniagaan perniagaan seperti lori, van atau bas. 

Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan 
Terdapat beberapa jenis perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai potongan walaupun perbelanjaan tersebut berkaitan secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan.

Antaranya :
  • Perbelanjaan peribadi pemilik perniagaan (seperti kenderaan, kediaman, bil elektrik, air dan telefon). 
  • Modal untuk pembelian aset tetap.Susut nilai ke atas aset tetap (bangunan, kenderaan, loji dan mesin). 
  • Perbelanjaan keraian terhadap pelanggan atau pembekal. 
  • Peruntukan hutang ragu. 
  • Bayaran cukai pendapatan perniagaan termasuk sebarang bayaran yang berkaitan dengan rayuan cukai. 
  • Denda terhadap kesalahan undang-undang. 
  • Belanja pengubahsuaian premis perniagaan.* Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melebihi 19 peratus. 
Perbelanjaan Dua Kali Ganda
Terdapat perbelanjaan yang boleh dituntut dua kali ganda sebagai potongan. 

Antaranya: 
  • Gaji atau upah yang dibayar kepada pekerja-pekerja yang hilang upaya. 
  • Perbelanjaan hasil untuk latihan yang diluluskan. 
  • Perbelanjaan hasil untuk promosi eksport. 
  • Perbelanjaan hasil untuk tujuan penyelidikan yang diluluskan.
Perbelanjaan Khusus 
Terdapat perbelanjaan khusus yang dibenarkan untuk dituntut dalam pengiraan cukai pendapatan perniagaan. Peruntukan ini dinyatakan dalam seksyen 34(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan). 

Perbelanjaan khusus bermakna perbelanjaan yang bukan dikenakan dalam perniagaan tetapi membantu negara dari segi ekonomi dan sosial. 

Antaranya: 
  • Perbelanjaan bagi penyebaran risalah, artikel, atau terjemahan buku dalam bahasa Melayu berkaitan dengan kebudayaan, kesusasteraan, profesional, sains, atau teknikal yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 
  • Sumbangan kepada perpustakaan awam (tidak melebihi RM100,000). Jika sumbangan melebihi RM100,000, lebihan akan campur dengan untung perniagaan. 
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelenggaraan pusat rawatan kanak-kanak untuk manfaat pekerja. 
  • Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan (tidak melebihi RM200,000). Jika penajaan melebihi RM200,000, lebihan akan dicampur dengan untung perniagaan.
Elaun Modal 
Seperti yang diterangkan sebelum ini, belanja susut nilai ke atas aset tetap tidak dibenarkan walaupun aset tersebut digunakan dalam perniagaan. Sebagai gantiannya, Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan) telah membenarkan peniaga untuk menuntut elaun modal. Kadar elaun modal bergantung kepada jenis aset seperti yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian pembayar cukai dikehendaki menuntut potongan elaun modal di ruangan yang telah disediakan dalam borang cukai B. 

Butir-butir yang perlu dinyatakan atau dikemukakan bersama penyata akaun ialah: 
  • Pengiraan cukai pendapatan. 
  • Jadual dan pengiraan elaun modal. 
  • Jenis-jenis aset yang dibeli. 
  • Salinan perjanjian sewa beli atau sewa pajak bagi aset yang berkenaan. 
Antara kadar elaun modal tahunan yang telah ditetapkan ialah: 
  • Kenderaan 20 peratus setahun 
  • Perabot & kelengkapan perniagaan/pejabat 10 peratus setahun 
  • Loji dan mesin berat 20 peratus setahun 
  • Loji dan mesin (umum) 16 peratus setahun 
  • Komputer 40 peratus setahun
Kerugian Perniagaan 
Jika mengalami kerugian, peniaga masih dikehendaki untuk mengemukakan penyata akaun. Terdapat peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan) yang membolehkan kerugian perniagaan tahun asas ditolak daripada pendapatan agregat dalam tahun semasa. Jika kerugian ini tidak boleh ditolak atau diserap semuanya, ia boleh dibawa ke tahun hadapan. 

Kesimpulan Percukaian merupakan satu bidang yang dinamik. Bidang ini perlu diketahui oleh setiap individu yang bertanggungjawab untuk membayar cukai.




Tarikh Akhir Penyerahan Borang B