Perkhidmatan Cukai Secara Online

Sistem Taksir Sendiri umumnya adalah  konsep Taksir Sendiri dan berurusan secara terus dengan pihak LHDN (Rujuk nota LHDN). Peniaga-peniaga (Perniagaan Tunggal & Perkongsian) dikehendaki mengemukakan laporan kewangan perniagaan mereka menerusi borang B. Walaupun begitu terdapat kesukaran kepada peniaga-peniaga bagi melengkapkan borang berkenaan yang mungkin mengakibatkan cukai terlebih bayar atau tersilap kira terutama dalam penyediaan Laporan Kewangan. 

Pengiraan Penyata Kewangan Secara Online
Ia mudah, cepat dan menjimatkan masa & wang.

Bagi memudahkan urusan anda (tidak kira di mana anda berada), pihak kami menyediakan perkhidmatan secara online bagi melengkapkan Borang Cukai Pendapatan anda termasuk penyata kewangan, kunci kira-kira, pengiraan susut nilai & elaun modal, pendapatan terlaras serta juga pengiraan cukai pendapatan.

Sekiranya anda ingin menggunakan khidmat kami dalam penyediaan penyata kewangan ini, pihak kami akan menyediakan template secara online untuk anda isi maklumat-maklumat perniagaan yang diperlukan seperti jumlah jualan, belanja-belanja, pembelian aset dan sebagainya dalam sesuatu tahun taksiran..

Segala resit-resit perbelanjaan anda & lain-lain maklumat berkenaan, adalah TIDAK PERLU dihantar kepada kami. Dokumen berkenaan, anda hanya perlu simpan selama 7 tahun, bagi tujuan  rujukan pihak LHDN jika berkenaan.

Maklumat lanjut sila klik pada nombor telefon di bawah