Cukai Pendapatan LHDN

 PENGENALAN

Setiap individu yang mempunyai pendapatan adalah diwajibkan mengistiharkan pendapatan untuk taksiran samada layak ataupun tidak dikenakan Cukai Pendapatan. Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Perniagaan terdiri daripada:

Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri
Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan

Perkongsian
Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Individu-individu
Dua syarikat
Individu dan syarikat
Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh Perniagaan :

Perniagaan runcit
Perniagaan jualan langsung
Pertanian dan penternakan
Perniagaan gerai
Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
Bidang penulisan dan lakonan
Broker Saham

Pendapatan adalah meliputi semua jenis sumber pendapatan, samada
  • Perniagaan atau profession
  • Penggajian
  • Dividen
  • Faedah
  • Diskaun
  • Sewaan
  • Royalti
  • Premium
  • Pencen
  • Anuiti
  • Lain-lain

 TANGGUNGJAWAB

  • Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan - Daftar Fail
  • Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima)
  • Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
  • Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen
  • Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu)
  • Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat
  • Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan - nota penerangan Borang B / nota penerangan Borang P
  • Maklumat tambahan perkongsian
  • Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi- Borang CP30
  • CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada ahli-ahli kongsi
  • Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada perkongsian di dalam Borang B masing-masing
  • Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
  • Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara berasingan
  • Mengira sendiri cukai pendapatan
  • Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi
  • Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah ditetapkan
  • Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan tidak perlu dikemukakan
  • Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun
  • Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank
  • Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) - Skim Ansuran CP500

 BORANG PENYATA PENDAPATAN - B, BE, P, C dan lain-lainnya

Ini adalah borang khusus yang mana maklumat Pembayar Cukai serta Pendapatan yang diterima diisi. Borang ini boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.


 PERNIAGAAN

Bagi sumber pendapatan dari perniagaan, Akaun Untung Rugi serta Lembaran Imbangan adalah perkara yang perlu disertakan. Lain-lain keperluan adalah seperti Pelarasan Keuntungan, Pengiraan Elaun Modal dan lain-lain nota kepada akaun jika perlu. Maklumat yang lengkap akan mengelakkan berlaku fenomena cukai terlebih bayar.

 SLIP ATAU RESIT BAYARAN CUKAI

Jika cukai dikenakan, slip bayaran akan dicetak setelah bayaran dibuat. Bagi peniaga, slip ini diperlukan berserta salinan borang bagi mengesahkan sesuatu tahun pendapatan perniagaan bagi tujuan permohonan pinjaman dan sebagainya.

Nota : Bayar Hasil https://byrhasil.hasil.gov.my/

 BAGAIMANA LHDN MENGESAN MEREKA YANG GAGAL MENGISYTIHARKAN  PENDAPATAN MEREKA?

Pendaftaran perniagaan
Satu salinan Daftar Perniagaan akan dihantar ke LHDN

Perjanjian Jual Beli Harta
Melalui proses duti/mati setem yang dibuat di Pejabat LHDN dan salinan asal disimpan

Perjanjian Sewa Beli KenderaanSalinan perjanjian sewa beli akan dihantar ke pejabat

Lawatan
Lawatan Pegawai ke premis-premis perniagaan

Mengikut Akta Cukai Pendapatan, tidak menyimpan rekod atau akaun perniagaan adalah menjadi satu kesalahan
Kegagalan mengembalikan borang cukai juga boleh dikenakan penalti

 KELEBIHAN MENGURUSKAN CUKAI PENDAPATAN

a. Tiada beban terkumpul jika setiap tahun anda bijak dalam menyelesaikan tanggungjawab anda.

b. Jika anda berlengah, LHDN akan membuat siasatan dari awal perniagaan anda. Selain dari cukai tertunggak dan penalti dikenakan, kos bagi pengurusan juga menjadi semakin banyak. Oleh itu, tindakan segera adalah langkah yang paling bijak.

c. Mudah untuk membuat pinjaman perniagaan perniagaaan dengan bank atau lain-lain institusi kewangan yang menawarkan pinjaman kerana anda telah memiliki Penyata Cukai Pendapatan

d. Mudah untuk memiliki harta, dengan bukti pendapatan yang telah disahkan dan diselesaikan

e. Mudah untuk merancang berapa banyak cukai yang anda ingin bayar pada sesuatu tahun taksiran.

f. Tiada ganguan psikologi semasa menjalankan perniagaan

Sekiranya anda ingin mengeluarkan Wang KWSP semasa persaraan, anda terpaksa melangsaikan segala cukai tertunggak terlebih dahulu. Jika penalti dikenakan sebanyak 10% setahun (terkumpul), malah mungkin lebih, berapakah yang anda harus bayar terlebih dahulu?