Pengenalan

 SELAMAT DATANG

Melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan satu tanggungjawab kepada seluruh Rakyat Malaysia. Laporan pendapatan bagi perniagaan Milikan Tunggal & Perkongsian menerusi Borang B & Borang P serta Borang BE bagi Penggajian yang perlu diserahkan setiap tahun kepada LHDN. Walaupun begitu, mungkin ia menjadi kesukaran kepada anda untuk melengkapkan borang yang berkenaan.


Syarikat Milikan Tunggal / Perkongsian
Agen Komisen
Penggajian

Laporan pendapatan ini juga, sangat penting kepada mereka yang bekerja sendiri. Ia sebagai dokumen penting bagi tujuan pelbagai pembiayaan kewangan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan. Pihak kreditor menjadikan laporan kewangan ini sebagai rujukan penting dan menentukan jumlah pendapatan dan kemampuan bayaran balik disamping lain-lain dokumen sebagai sokongan.


Kegagalan melaporkan pendapatan juga menjadi satu kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan penalti akan dikenakan.

Kesalahan, Denda & Penalti
Sumber : LHDN